Monday, December 13, 2010

    
    TAJ Al-HASSAN yang mula diwujudkan di Sekolah Agama PESERIAN pada tahun 2001 sebagai tahun perintis yang kini berada di bawah penyelarasan RUKIAH BINTI MISRAN semakin berkembang dari tahun ke tahun mengikut peningkatan dan prestasi pelajarnya.
       Ia bermula secara berperingkatperingkat bilamana Program TAJ ini mula diperkenalkan. Pihak penyelarasan telah membuat perubahan dari tahun ke tahun untuk memberikan keselesaan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
       Pihak guru lebih memberi fokus dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar, disamping mengetahui asas AlQuran dan solat serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai panduan apabila meningkat dewasa kelak.


No comments:

Post a Comment